Sunday, February 15, 2015

Permulaan (semula)

Assalamualaikum,

Hari ni usaha semula saya untuk berdiet secara sihat (insyaALLAH).

Tak usah lagi dikenang kejayaan tahun lalu, kalau berat naik semula macam tak pernah diet. Hehehehe...

Usaha kali ini agak berat bagi saya, sebab saya merancang untuk menyusukan #BabyHana (gambar). Masih belum terlaksana (macam-macam dugaan).

OK, bermula pagi ini dengan data seperti berikut:

Umur: 35 tahun, satu bulan, 11 hari.
Tinggi: 158 sm.
Berat: 87.8 kg.
Sasaran: 55 kg.
Tempoh: 1 tahun (365 hari).

Post saya berikutnya, adalah menu yang diambil, aktiviti dilakukan dan jumlah penyusutan berat badan.

InsyaALLAH, saya cuba laporkan setiap hari, sebagai motivasi dan catatan rekod diri sendiri.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment